Konvensyen BN Sabah sajikan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’

Konvensyen BN Sabah sajikan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’

Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyajikan intipati ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ sebagai menu utama dalam pelancaran Konvensyen BN Sabah pada 2 Julai hadapan.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, konvensyen tersebut juga bakal mengentengahkan langkah memperkasakan jentera dan ‘rebranding’ parti dalam persiapan pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, pada sama juga, ia bertujuan memastikan BN Sabah terus kekal relevan dan diterima oleh rakyat di negeri ini.

“BN Sabah akan mengadakan Konvensyen pada 2 Julai hadapan bertempat di ITCC Penampang.

“Acara ini bermula jam 7.30 pagi hingga jam 5.30 petang dan dijangka akan dihadiri seramai 5,000 orang melibatkan semua ahli komponen BN di Sabah.

” Antara yang bakal kita ketengahkan pada Konvensyen itu nanti adalah rebranding BN Sabah, memperkasa hala tuju parti dan juga persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Untuk rekod, Konvensyen BN Sabah akan dihadiri oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selain kepimpinan BN peringkat nasional.

Turut memeriahkan suasana adalah dengan kehadiran Penasihat BN pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak atau ‘Bossku’ yang dijangka mengadakan sesi forum bersempena konvensyen berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|