Hajiji jumpa pengarah baharu Jabatan Pendidikan

Hajiji jumpa pengarah baharu Jabatan Pendidikan

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diketuai Pengarahnya, Tah Nia Jaman, di Menara Kinabalu, di sini.

Tah Nia dilantik pengarah baharu berkuatkuasa 13 Mei lalu menggantikan Datuk Dr Mistirine Radin yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Kunjungan hormat Jabatan Pendidikan Sabah diketuai Pengarahnya, Tah Nia Jaman terhadap Ketua Menteri di Menara Kinabalu.

Kunjungan hormat itu turut disertai Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Mohd Zaini Yanin; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Abidin Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Dr Mohd Kassim Tusin; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan, Muddin Beting dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, Ajijah @ Azizah Baba.

Tah Nia berkata, antara tujuan kunjungan hormat itu ialah untuk mengeratkan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerajaan negeri khususnya dalam aspek pendidikan yang berkaitan urusan sekolah dan PPD di Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|