KKMM ambil pendekatan bimbing dan nasihat

KKMM ambil pendekatan bimbing dan nasihat

Sandakan: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak akan mengambil pendekatan yang akan memberi kesulitan terhadap selebriti tanah air yang terpalit kontroversi.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun jika seseorang melanggar undang-undang tindakan tetap perlu dilalui selebriti terbabit.

Tan Sri Annuar Musa

“Peraturan ini kita kena rujuk kepada undang-undang. Jadi kalau mereka (selebriti) buat sesuatu yang menyalahi undang-undang, kita akan kuatkuasakan undang-undang.

“Saya faham ada juga di luar undang-undang, kita gam atau ban. Saya tak nak mengambil pendekatan yang menimbulkan kesulitan kepada artis sebab saya tahu dua tahun mereka dah merana. Tak dapat buat penggambaran, tak belakon dan sebagai.

“Jadi kalau mereka membuat kesilapan, kita akan ambil pendekatan yang baiklah… tapi bukan bermakna kita tutup mata mereka melakukan kesilapan ataupun melakukan pelanggaran undang-undang. Tapi tidaklah sampai mendenda yang menjejaskan mata pencarian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program KKKM bersama keluarga Malaysia daerah Sandakan, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, adalah tidak patut selebriti yang banyak berjasa diambil tindakan dan disekat hanya kerana satu kesilapan.

“Takkanlah sebab satu kesilapan nak kena ban pula dua tahun… mana lagi punca rezeki sedangkan peranan artis seniman ini tetap besar.

“Jadi saya akan ambil pendekatan consultants menasihat, berunding,” katanya.

Kebelakangan ini, pelbagai isu timbul membabitkan selebriti tanah air.

Antarany melakonkan aksi ghairah keterlaluan dan ada juga yang ditangkap susulan penggunaan dadah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|