Lelaki maut dihempap pokok

Lelaki maut dihempap pokok

Tawau: Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja pembersihan maut dihempap pokok kayu dalam kejadian Bukit Gemok, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Arpah Irwan, 30, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.02 petang.

“Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja pembersihan namun dihempap pokok yang ditebangnya.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang dihempap namun selepas berjaya dikeluarkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.14 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin turut mengesahkan kejadian itu.

“Polis memang ada terima laporan berhubung kejadian itu dan mangsa merupakan pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan berkenaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|