Kilang perabot lama musnah terbakar

Kilang perabot lama musnah terbakar

Tawau: Sebuah kilang perabot lama di Jalan Air Panas, di sini musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 pagi.

Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama dua jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak memadam dan mengawal kebakaran daripada merebak menggunakan dua aliran hos dari sumber air tangki jentera.

“Operasi terkawal pada jam 7.01 pagi tadi dan operasi tamat jam 7.48 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|