Ketua Menteri Sarawak kini dipanggil Premier Sarawak

Ketua Menteri Sarawak kini dipanggil Premier Sarawak

Kuching: Gelaran jawatan Ketua Menteri Sarawak ditukar kepada Premier Sarawak berkuatkuasa hari ini.

Pertukaran itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion menerusi satu kenyataan seperti dipetik media tempatan dan nasional, hari ini.

Selaras dengan perubahan itu, katanya jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak turut ditukar kepada Timbalan Premier Sarawak.

Selain itu, jawatan Menteri Muda juga ditukar kepada Timbalan Menteri.

Di Sabah, jawatan Menteri Muda merujuk kepada Pembantu Menteri.

Perubahan itu berikutan pindaan Perlembagaan Sarawak yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari lalu.

Pindaan itu bagi menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier serta Menteri Muda kepada Timbalan Menteri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|