Kes kebakaran rumah atas air di Sabah meningkat

Kes kebakaran rumah atas air di Sabah meningkat

Tawau: Kes kebakaran rumah atas air di negeri ini menunjukkan peningkatan dalam tempoh Januari hingga pertengahan Ogos tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Abdul Razak Muda berkata, antara daerah yang menunjukkan peningkatan kebakaran itu adalah Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Kita masih belum boleh membuat perbandingan yang tepat kerana ada berbaki empat bulan lagi tahun ini.

“Namun kebakaran rumah atas air tahun ini memang agak tinggi dan ia membabitkan kemusnahan besar seperti yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam program menonton tayangan bersama bomba di 10 Star Cinema, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya kebakaran membabitkan hutan belukar agak berkurangan dan setakat ini belum ada kes berkenaan diterima.

Katanya, kebakaran kawasan kering yang biasanya membabitkan hutsn belukar masih belum berlaku di Sabah dan ini mungkin disebabkan dengan faktor cuaca Monson Timur Laut,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tayangan bersama bomba, beliau berkata, Abdul Razak berkata, JBPM Sabah mahu menggunakan platform panggung wayang untuk mewar-warkan kempen keselamatan kebakaran yang sedang giat dilaksanakan di seluruh Sabah.

“Tahap keselamatan kebakaran yang mungkin kita akan terapkan kepada penonton sebelum tayangan bermula.

“Kita sudah buat sebelum ini di Kota Kinabalu, panggung wayang di sana menggunakan animasi untuk mewar-warkan berkaitan isu keselamatan dan ia dilihat lebih kreatif.

“Saya berharap kerjasama dengan panggung wayang yang ada di negeri ini sentiasa diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kesedaran keselamatan kebakaran,” katanya.

Pada program berkenaa, lebih 300 orang terdiri masyarakat daerah di daerah ini dan sekitaranya hadir bagi menonton wayang secara percuma bersama pengarah JBPM Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|