Kerja pihak ketiga punca kebakaran paip gas SSGP di Lawas

Kerja pihak ketiga punca kebakaran paip gas SSGP di Lawas

Kota Kinabalu: PETRONAS hari ini mengesahkan insiden kebakaran yang berlaku melibatkan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) berhampiran KP 132 di Lawas, Sarawak pada lewat tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan, hari ini syarikat itu berkata insiden dipercayai berpunca daripada kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak ketiga berdekatan kawasan izin lalu (Right-of-Way) SSGP.

Bagaimanapu, menurut syarikat itu, kerja-kerja berkenaan tiada kaitan dengan operasi saluran paip terbabit.

“Laporan polis juga telah dibuat dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataannya itu.
Pada masa yang sama, PETRONAS telah menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan ke kawasan insiden dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitar.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|