Keretapi terlanggar dua kenderaan

Keretapi terlanggar dua kenderaan

Kota Kinabalu: Sebuah kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) terlanggar dua kenderaan dalam kejadian di jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

Mohd Zaidi ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori enam tan, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Vigo serta keretapi penumpang yang bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu.

“Kedua-dua kenderaan berkenaan bergerak dari arah Luyang menuju ke KKIA.

Keadaan kemalangan membabitkan keretapi dengan dua kenderaan di jalan berhampiran KKIA, Kota Kinabalu.

“Kemalangan ini tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

“Kita sedang menyiasat bagaimana kemalangan ini berlaku dan siapa punca kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|