7,109 calon di Sabah lulus STPM 2021

7,109 calon di Sabah lulus STPM 2021

Kota Kinabalu: Seramai 7,109 atau 98.60 peratus daripada 7,210 calon yang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2021 di Sabah dilaporkan lulus dalam peperiksaan itu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Tah Nia Jaman berkata, terdapat penurunan pelajar lulus iaitu sebanyak 0.36 peratus bagi STPM 2021 berbanding tahun sebelumnya iaitu melibatkan seramai 7,332 atau 98.96 peratus pada 2020.

“Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Sabah bagi STPM 2021 ialah 2.70, menurun sebanyak 0.01 mata berbanding 2020, iaitu 2.71.

“Bagaimanapun, pencapaian calon STPM 2021 secara keseluruhannya dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2020 kerana perbezaan yang sangat kecil, iaitu hanya sebanyak 0.01 mata dan perbezaan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2021 berbanding dengan calon STPM 2020.

“Dari segi pencapaian individu seramai 60 calon pada 2021 berjaya memperoleh PNGK 4.00 berbanding seramai 72 orang pada 2020 dan ini menunjukkan penurunan seramai 12 calon,” katanya dalam kenyataan sempena pengumunan keputusan 2021, hari ini.

Katanya, sebanyak 98 sekolah kerajaan iaitu melibatkan 104 pusat peperiksaan STPM 2021 di mana 20 pusat peperiksaan terletak di kawasan bandar dengan pencapaian lulus sebanyak 98.45 peratus.

“Sebanyak 84 sekolah di luar bandar pula mencapai lulus sebanyak 97.40 peratus dan ini menunjukkan jurang perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar sangat kecil iaitu 1.05 peratus,” katanya.

“Bagaimanapun, peratusan calon STPM 2021 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2020 didapati telah menurut sebanyak 0.5 peratus, iaitu daripada 72.45 peratus pada 2020 kepada 71.95 peratus pada tahun 2021,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|