Kereta terbakar, pemandu selamat

Kereta terbakar, pemandu selamat

Tawau: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya tiba-tiba terbakar ketika sedang bergerak di Kilometer 36 Jalan Semporna – Tawau, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemandu berusia 31 tahun dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Semporna.

Keadaan kereta Perodua Axia yang musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edeon Micheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.12 malam.

“Tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Api dapat dikawal pada jam 9.25 malam dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 9.40 malam,” katanya.

Menurutnya, Perodua Axia berkenaan terbakar sepenuhnya manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|