Kereta terbabas sendiri, seorang maut, rakan parah

Kereta terbabas sendiri, seorang maut, rakan parah

Kimanis: Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya yang terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Kimanis, berhampiran Kampung Ulu Sawatan, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, lelaki yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pacuan empat roda Isuzu Dmax yang terbalik selepas terbabas sendiri mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi parah. Pix Ihsan Bomba 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.22 tengah malam.

Katanya, seramai lima pegawai dan anggota bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax kabin tunggal yang terbabas sendiri.

“Terdapat seorang lagi mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba.

“Mangsa yang parah terus dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus membantu mengangkat mangsa yang maut dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.13 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|