Kerajaan Perpaduan: Kerjasama GRS-BN kekal utuh – Hajiji

Kerajaan Perpaduan: Kerjasama GRS-BN kekal utuh – Hajiji

Kota Kinabalu: Kerjasama yang terjalin di antara Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kekal utuh, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, keputusan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dilakukan demi kebaikan negeri ini, khususnya dari segi kestabilan politik.

“Kerjasama kita (GRS-BN) nampak bagus. Dalam Kerajaan Perpaduan, yang penting adalah kita memberi fokus kepada pemulihan ekonomi, membangunkan negeri serta memberi kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Ditanya mengenai reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkara itu, Hajiji berkata ia tidak menjadi masalah.

“Kita memikirkan kepentingan negeri di bawah GRS di mana kita memberi keutamaan kepada Sabah.

“Saya yakin beliau (Muhyiddin) tahu akan hal ini dan beliau merupakan seorang yang lebih bijak, jadi saya ingat kita tidak ada masalah. Kerana ini adalah keputusan kita dlm GRS,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa tiada tuntutan dibuat bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Kita tidak tuntut, ia terpulang kepada pucuk pimpinan kerajaan di Putrajaya,” katanya lagi.

Sementara itu, Hajiji turut memaklumkan bahawa usul rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti belum dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

“Kita belum lagi bawa RUU Anto Lompat Parti ke dalam persidangan kali ini, kita uruskan bajet dahulu,” katanya lagi.

-Deasoka

Share

Written by:

error: Content is protected !!