Keningau terus ungguli Piala Sabah 2022 Zon Pedalaman Atas

Keningau terus ungguli Piala Sabah 2022 Zon Pedalaman Atas

Keningau: Pasukan Keningau meneruskan rentak kemenangan untuk mengungguli tangga teratas Piala Sabah 2022 peringkat Zon Pedalaman Atas selepas menewaskan Nabawan dengan jaringan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Keningau jam 4 petang tadi itu, bermula sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik.

Sepak mula perlawanan dibuat Pegawai Teknikal Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Mustapha Tuah sebagai simbolik pelancaran Piala Sabah Zon Pedalaman Atas.

Bagaimanapun, pasukan Keningau terlebih dahulu memecahkan kebuntuan selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-10 menerusi penyerang Hilarion Andrew.

Perlawanan kemudiannya kembali seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Kedua-dua pasukan turut masing-masing membuat enam pertukaran bagi memperkukuhkan strategi namun masih gagal mendapatkan jaringan.

Pasukan Keningau akhirnya berjaya menambah jaringan menerusi pemain tengah, Zakalani Antanom sekali gus memuktamadkan kemenangan kedua selepas menewaskan pasukan Tambunan dengan jaringan 1-0 sebelum ini.

Sementara itu, sepak mula perlawanan dibuat Pegawai Teknikal Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Mustapha Tuah sebagai simbolik pelancaran Piala Sabah Zon Pedalaman Atas.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|