Kenderaan terbabas masuk parit

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum hampir tenggelam di dalam parit di Jalan Lintas berhampiran City Mall, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadiram kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 30-an terbabit bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kemalangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas dan hampir tenggelam di dalam parit di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang terbabas sendiri sehingga terjatuh ke dalam parit.

“Tindakan pasukan bomba yang membuat pemeriksaan di sekitar lokasi mendapati seorang mangsa terlibat berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes seterusnya diambil alih oleh pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.14 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|