Kemangkatan Ratu Elizabeth II Berakhirnya era pemerintahan Ratu British

Kemangkatan Ratu Elizabeth II Berakhirnya era pemerintahan Ratu British

London: Dunia hari ini digemparkan dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun, beberapa jam selepas dilaporkan berada dalam ‘keadaan membimbangkan’ oleh pasukan perubatan di Balmores, Scotland.


Baginda sebelum ini kali terakhir dilihat berada dalam keadaan lemah dan bertongkat ketika melantik Perdana Menteri Britain yang baru, Liz Truss, kira-kira dua hari lalu.


Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Buckhingham jam 6.30 petang (waktu tempatan), Ratu Elizabeth II disahkan meninggal dunia secara aman.


“Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok,” katanya.


Turut berada di sisi Baginda ketika menghembuskan nafas terakhir adalah anak sulungnya yang juga pewaris takhta, Raja Charles, 73, bersama Puteri Anne, 72; Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, selain Putera William dan Putera Harry.


Serentak kemangkatan Baginda, Putera Charles akan ditabalkan sebagai Raja England termasuk Operasi London Bridge yang akan dilaksanakan serta merta di seluruh England dan negara Komanwel.


Operasi itu adalah kod nama perancangan yang akan dilakukan dalam beberapa minggu atau bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.


Sementra itu, upacara pengkebumian akan mengambil masa selama 10 hingga 12 hari sebelum dibawa ke St George Chapel dan disemadikan di sebelah mendiang ayahandanya, Raja George VI.


Ratu Elizabeth II adalah pemimpin yang paling lama berkhidmat dalam monarki Britain selepas ditabalkan sebagai permaisuri pada usia 25 tahun.


Terdahulu, suami kepada Ratu Elizabeth II, Raja Philip mangkat pada April tahun lalu pada usia 99 tahun.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|