Tuaran: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak kelmarin, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di Kampung Lakang, Tamparuli, malam tadi.
Penemuan warga emas terbabit disedari pemilik kereta selepas terhidu bau busuk dari Proton Persona, jam 7.20 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 62 tahun hilang pada jam 5.24 petang, Sabtu lalu.
Katanya, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Kampung Tambalugu, Berungis.
“Pada jam 7.20 malam tadi, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang Proton Pesona di Kampung Lakang, Tamparuli iaitu dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Kejadian hanya disedari pemilik kereta berkenaan selepas terhidu bau busuk,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi SAR tamar jam 8.37 malam,” katanya.
-Deasoka