KDM sokong penuh Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan Anwar – Peter Anthony

KDM sokong penuh Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan Anwar – Peter Anthony

Kota Kinabalu: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengucapkan tahniah atas perlantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, beliau menyokong penuh dan percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau (Anwar) mampu mengembalikan kestabilan politik demi kemakmuran seterusnya memacu pembangunan negara.

“Saya berharap, KDM yang mempunyai tiga Ahli Parlimen, termasuk calon bebas yang mesra parti itu serta empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), diberi ruang dan peluang dilibatkan dalam Kerajaan Perpaduan sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Fokus kita kini adalah untuk membangunkan negara dan parti KDM sedia bersama-sama dengan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada sekitar jam 5 petang tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|