KBM Sabah edar 2,500 pek bubur lambuk di Tuaran

Tuaran: Kelab Bernas Malaysia (KBM) Cawangan Sabah menyediakan sebanyak 2,500 pek bubur lambuk untuk diagih-agihkan di sekitar Daerah Tuaran, semalam.

Program diadakan sempena mengimarahkan bulan Ramadan itu dijalankan dengan kolaborasi bersama Sazarice Sdn Bhd dan Adabi Sabah.

Kelab Bernas Malaysia (KBM) Cawangan Sabah menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan di Tuaran.

Pembantu Menteri Kewangan II, Jasnih Daya berkata, bubur lambuk berkenaan diagih-agih kepada masjid dan surau di sekitar daerah Tuaran.

Katanya, ia turut diagihkan kepada anggota pasukan barisan hadapan antaranya pasukan polis, Hospital Daerah Tuaran dan pasukan bomba dan penyelamat.

Jasnih (kiri) mengagihkan bubur lambuk KBM kepada penerima di Tuaran.

“Kita amat mengalu-alukan program tanggungjawab sosial korporat seperti ini untuk diteruskan dari semasa ke semasa.

“Saya memuji usaha yang dilakukan oleh pihak Bernas ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Sazarice Sdn Bhd, Akip Ismaila dan Yang Dipertua KBM Sabah, Hervian Kirman.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|