Kota Marudu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas di sungai Kampung Malangkap Darat, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.04 petang.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dan pegawai bersama van dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Setakat ini, mangsa belum ditemukan dan operasi SAR ditangguh pada 7.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi SAR akan disambung pada pagi esok kerana laluan masuk ke rumah mangsa dinaiki air dan anggota bomba terpaksa berjalan kaki ke lokasi kejadian.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
-Deasoka