Beluran: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di sungai di sebuah ladang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Mohd Ridwan Suprianto Mohd Aidil, 4, dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Sebaik tiba, SAR segera dijalankan, namun mangsa belum ditemui.
“SAR ditangguhkan pada jam 6.48 petang dan akan disambung semula pada pagi esok,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, sebarang perkembangan kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-Deasoka