Kanak-kanak dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan

Kanak-kanak dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan

Beaufort: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, di sini, hari ini.

Kanak-kanak terbabit, Jude Angel, hanya disedari hilang kira-kira jam 8.30 pagi tadi oleh neneknya apabila mendapati pintu rumah terbuka dan mangsa tidak ditemui di sekitar kawasan rumah.

H3Operasi SAR mengesan mangsa dilakukan pasukan bomba dan agensi keselamatan lain serta penduduk kampung di Kampung Batu 66, Beaufort.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Muhammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.19 pagi.

“Bapa kepada mangsa memaklumkan dia dan isteri pada ketika itu sedang berniaga di Tamu Beaufort dan anak mereka itu dijaga oleh mentuanya.

“Mentuanya menyedari kanak-kanak itu tiada di rumah dan pintu dalam keadaan terbuka pada jam 8.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dimulakan pada jam 12.30 tengah hari di sekitar tepi sungai dan kawasan kebun.

“Pakaian terakhir yang dipakai mangsa adalah baju berwarna putih dengan lambang kartun dan berseluar warna biru

“Operasi SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan yang turut dianggotai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort dan penduduk kampung.

“SAR dijalankan dengan menyusuri tepi Sungai Padas dan kawasan tanaman pokok pisang serta kelapa sawit pada radius dua kilometer,” katanya.

Muhammad Hasbullah berkata, sehingga kini kanak-kanak itu masih belum ditemui dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|