Kampung sekitar Tuaran dan Pekan Tenghilan dinaiki air

Kampung sekitar Tuaran dan Pekan Tenghilan dinaiki air

Tuaran: Pekan Tenghilan dan beberapa lagi kampung sekitar, hari ini, dilaporkan dinaiki air selepas fenomena hujan lebat yang melanda daerah ini, sejak semalam.

Antara kawasan terjejas akibat banjir yang dilaporkan adalah Kampung Bunga Tengilan, Kampung Bundung, Kampung Suang Bangau dan Kampung Paruh serta Kampung Tinuhan.

Beberapa jalan di sekitar daerah Tuaran dinaiki sehingga tidak lagi boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, fenomena berkenana turut mengakibatkan beberapa jalan termasuk jambatan lama Tamparuli ditenggelami air.

Katanya, air banjir itu menyebabkan jalan-jalan berkenaan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Beberapa rumah dan kedai yang turut dinaiki air selepas kejadian hujan lebat berterusan semalam

“Manakala paras air Sungai Tuaran juga dilaporkan berada pada aras waspada mengikut laporan pagi, hari ini.

“Tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini berikutan semua keluarga terjejas banjir sudah berpindah ke rumah keluarga lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengikut kepada laporan hari ini, keadaan cuaca dilaporkan berada dalam keadaan baik namun pihak berkuasa sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|