Bomba bantu pindahkan 11 mangsa banjir di Kota Belud

Bomba bantu pindahkan 11 mangsa banjir di Kota Belud

Kota Belud: Seramai 11 individu dari Kampung Lentigi, di sini, dipindahkan selepas kediaman mereka digenangi banjir, pagi tadi.

Semua mangsa terdiri daripada enam lelaki dan lima wanita dipindahkan oleh pasukan bomba ke rumah saudara-mara terdekat.

Seramai 11 mangsa banjir dari Kampung Lentigi, Kota Belud dipindahkan akibat banjir.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan berlaku bencana banjir di kampung berkenaan, jam 10.04 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bertindak ke lokasi kejadian bagi operasi memindahkan mangsa banjir.

Bomba bantu pindahkan penduduk selepas kediaman mereka dilanda banjir di Kampung Lentigi, Kota Belud.

“Seramai 11 orang dipindahkan ke rumah saudara mara terdekat menggunakan bot aluminium.

“Operasi ditamatkan jam 10.31 pagi,” katanya.

Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Lingkodon, Kota Belud

Sementara itu, katanya, pasukan bomba turut membantu memindahkan seorang wanita warga emas di Kampung Lingkodon, di sini, pagi tadi.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|