Hujan lebat kelmarin, Kota Belud dilanda banjir

Hujan lebat kelmarin, Kota Belud dilanda banjir

Kota Belud: Hujan berterusan sejak kelmarin menyebabkan 20 kampung di sekitar daerah ini mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Menunggui, Kampung Lebak Engad, Kampung Linau, Kampung Sembirai, Kampung Taun Gusi Keranjangan dan Kampung Gunding.

Antara kawasan yang terjejas banjir.

Turut terjejas iaitu Kampung Marajah, Kampung Song-Song, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Lingkodon, Kampung Suang Punggur, Kampung Limatok, Kampung Lebak Moyoh, Kampung Pituru Darat/Laut, Kampung Pompod Kelawat dan Kampung Benai.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, Leftenan Kolonel (PA) Khairul Gumpitai berkata, hujan lebat yang berterusan sejak dua hari lalu di daerah ini menyebabkan paras air di tiga sungai utama naik mendadak.

Khairul melakukan tinjauan di lokasi banjir di Kampung Linau, Kota Belud.

Katanya, lokasi jalan juga mulai dinaiki air antaranya Jalan Bypass Kota Belud – Kudat, yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan rendah.

“Begitu juga Jalan Kampung Menunggui manakala Jalan Kampung Lebak Engad dan Jalan Kampung Linau, tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Bagi Jalan Kampung Bobot dan Kampung Siasai Tamu air melimpah namun masih boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Menurutnya, setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

“Anggota APM Kota Belud kini giat menjalankan pemantauan di lokasi-lokasi terjejas banjir.

“Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi talian kecemasan dengan kadar segera sekiranya kediaman mereka dinaiki air bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan dijalankan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|