Kaki terseliuh, wanita diusung pasukan MOSAR

Kaki terseliuh, wanita diusung pasukan MOSAR

Ranau: Seorang pendaki wanita terpaksa dibawa turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR)  selepas kakinya terseliuh dan bengkak di Kilometer 2.8 Gunung Kinabalu, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB) MOSAR terlibat dalam operasi itu.

“Menurut maklumat daripada pemandu arah gunung, terdapat seorang perempuan kaki terseliuh di KM 2.8 dan buku lali bengkak.

“Pasukan MOSAR bergegas ke lokasi dan memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum mangsa di usung menggunakan Robinson Stretcher ke Timpohon Gate,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, maklumat berhubung operasi itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|