Jualan lelong aset alih IPK Sabah

Jualan lelong aset alih IPK Sabah

Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah akan membuat lelongan harta aset alih bagi melupuskan 158 aset, Selasa depan.

Antara yang bakal dilelong termasuk barang kemas, peralatan elektrik, enjin sangkut, motosikal dan kereta.

Antara senarai aset yang bakal dilelong.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan IPK Sabah berkata, jualan lelong berkenaan akan diadakan bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang di Dewan Serbaguna, IPK Sabah.

Antara senarai aset yang bakal dilelong.

Katanya, orang ramai atau pembida yang berminat boleh terlebih dahulu melihat semua aset berkenaan pada 24 dan 27 Jun ini.

Antara senarai aset yang bakal dilelong.

“Semua aset yang dilelong ini boleh dilihat di Pejabat Perlucuthakan Harta, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sabah antara jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan perlu mendaftar dengan pegawai pelelong dengan memberikan nama penuh, Mykad dan alamat,” katanya.

Menurutnya, pembida juga akan dimaklumkan mengenai syarat dan peraturan digariskan untuk acara lelongan berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|