JPKA Sandakan mohon bantuan cari waris wanita OKU

Sandakan: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM (JPKA) Bahagian Sandakan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang wanita orang kurang upaya (OKU) bagi proses mengembalikannya ke pangkuan keluarga.

Penolong Pengarah Bahagian, Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan, Rohainah Abbas berkata, wanita OKU itu, Chin Kin Fong, 42, kini ditempatkan di Institusi Kebajikan Desa Bina Diri, Kota Kinabalu.

Katanya, ia adalah melalui perintah mahkamah mengikut Seksyen 3 (4) Akta Orang Papa 1977.

“Kita sedang dalam tindakan untuk mengesan waris bagi wanita ini untuk mengembalikannya ke pangkuan keluarga.

“Sehubungan itu, mohon kepada sesiapa yang mengetahui atau mengenai waris wanita ini untuk tampil membantu siasatan bagi memudahkan segalan urusan berkaitan penghuni terbabit,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Rohainah berkata, sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Hanafi Bulkin di talian 089-667821 atau 019-8317152.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|