Jentera BN perlu diperkasakan – Bung Moktar

Jentera BN perlu diperkasakan – Bung Moktar

Kota Kinabalu: Masih terdapat perkara yang perlu diperhalusi dan ditambah baik jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri ini bagi menghadapi Pilihqn Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar tahap kesiapsiagaanya berada pada tahap 100 peratus bersedia.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Ibu Pejabat BN Pusat dan negeri tidak hanya semata-mata bergantung kepada laporan di atas kertas tetapi melihat kekuatan jentera di peringkat akar umbi yang akan menentukan kemenangan BN.

Bung Moktar berbincang bersama Mohamad Hasan sebelum sesi taklimat libaturus dimulakan.

Katanya, jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan cawangan perlu diperkasakan serta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Kunci kemenangan adalah kekuatan jentera akar umbi. Yang penting buat kerja yang terbaik di peringkat PDM, cawangan, kita berkerja cara mahu menang dan kekuatannya ada di sini,” katanya selepas menghadiri sesi Libat Urus PRU-15 Biro Politik UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Sabah bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan di Bangunan UMNO, di sini, Ahad lalu.

Bung Moktar mengiringi ketibaan Mohamad Hassan di Bangunan UMNO Sabah.

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Setiausaha BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Bung Moktaryangbjuga Ketua UMNO Sabah berkata tiada gunanya UMNO BN hanya kuat di peringkat bahagian tetapi di peringkat PDM berterabur dan atas sebab itu justeru beliau mahu jentera di peringkat PDM dan cawangan perlu diperkasakan.

“PRU kali ini jentera serta ahli perlu menampilkan semangat jentera yang luar biasa kerana kita menuntut kemenangan untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya.

Bung Moktar menambah dalam PRU kali ini, jentera negeri akan berhadapan secara berseorangan dan ia memerlukan kesiapsiagaan secara menyeluruh menerusi kerjasama semua parti komponen BN di setiap bahagian yang akan bergerak sebagai jentera BN dan bukannya mewakili parti masing-masing.

Mengulas sambutan ahli parti BN dalam program pelancaran Gelombang Biru dan pelancaran jentera BN yang diadakan di Tawau dan Kota Belud, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Kinabatangan berkata sambutan agak luar biasa.

“Semangat dengan kehadiran yang ramai ketika pelancaran menunjukkan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan jentera parti. Semangat ini perlu kita bawa turun ke bawah ke peringkat PDM apabila PRU-15 diadakan.

“Program Gelombang Biru serta Pelancaran jentera BN ini akan kita teruskan ke beberapa bahagian mengikut jadual yang telah ditetapkan,” tambahnya.

Mengenai calon, Bung Moktar berkata BN Sabah khususnya UMNO sudah menerima senarai calon yang dicadangkan dari setiap bahagian.

“Kita sedang meneliti dan memperhalusinya sebelum memuktamadkan bila tiba masanya kita mengumumkan calon-calon yang bertanding,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|