Jari tersangkut di kereta mainan

Jari tersangkut di kereta mainan

Kota Kinabalu: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas jarinya tersangkut pada kereta mainan dalam kejadian di Kampung Likas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian itu terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan segera.

Anggota bomba mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersepit pada kereta mainan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.10 pagi.

Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Insiden kecemasan dilaporkan selepas jari kanak-kanak lelaki terbabit tersangkut pada kereta mainan miliknya.

“Pasukan Bomba yang hadir membantu berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak lelaki terbabit dengan selamat menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.34 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|