32 pasukan bakal berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Merdeka

32 pasukan bakal berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Merdeka

Tenom: Sebanyak 32 pasukan membabitkan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun akan berentap pada kejohanan Bola Sepak Piala Merdeka, 27 dan 28 Ogos ini.

Kejohanan yang dianjurkan Akademi Bolasepak Tuubagu itu akan diadakan di Padang Kampung Makakagas, di sini.

Gideon Gadit

Pengurus kejohanan, Gideon Gadit berkata, penganjuran kejohanan berkenaan bertujuan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai pengalaman pertandingan yang kompetitif.

Katanya, ia dilihat sebagai salah satu kaedah bagi membantu mengasah bakat dan kemahiran kanak-kanak dalam sukan bola sepak.

“Ia juga sekaligus membolehkan lebih ramai anak-anak luar bandar di beberapa daerah berhampiran untuk menerima pendedahan awal dalam menjadi pemain bola sepak profesional.

“Kejohanan ini juga dilihat dapat mengasah dan mencungkil bakat, memberi pendedahan awal serta kemahiran bola sepak dalam kalangan kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gideon berkata, beliau berharap ibu bapa dapat bersama-sama memberi sokongan penuh dan peluang kepada anak-anak di peringkat awal usia untuk menyertai pertandingan ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|