Jari kelingking tersekat pada flat washers

Jari kelingking tersekat pada flat washers

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan sebelum dikejarkan ke Hospital Lahad Datu, malam tadi selepas jari kelingking tangan kirinya tersekat pada flat washers.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Bahagian Kecemasan Hospital Lahad Datu, jam 7.37 malam.

Pasukan bomba memotong flat washers di jari kelingking tangan kiri mangsa menggunakan mini grinder. Pix Ihsan Bomba

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu yang tiba di hospital berkenaan mendapati jari kelingking tangan kiri mangsa berusia empat tahun masih tersekat di flat washers.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memotong dan membuka flat washers menggunakan peralatan khas iaitu ‘mini grinder.

“Flat washers yang tersekat pada jari kelingking mangsa berjaya ditanggalkan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 8.18 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|