Bomba bantu tanggal cincin tersekat pada jari

Bomba bantu tanggal cincin tersekat pada jari

Tawau: Seorang lelaki terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba selepas cincin yang dipakai di ibu jari tangan kirinya tersekat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecamasan Bahagian Kecemasan, Hospital Tawau, jam 8.11 malam tadi untuk mendapatkan bantuan membuka cincin yang tersekat di ibu jari tangan kiri seorang lelaki.


Pasukan bomba menggunakan peralatan khas mini grinder untuk memotong cincin yang tersekat di ibu jari tangan kiri mangsa. Pix Ihsan Bomba

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikerah ke lokasi berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak dengan menggunakan peralatan khas iaitu ‘mini grinder’ untuk memotong cincin berkenaan pada bahagian ibu jari tangan kiri mangsa yang berusia 24 tahun.

“Cincin dipakai mangsa berjaya ditanggalkan,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamat jam 9.09 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|