Jangan cemas, hanya latihan Eksesais Satria Perkasa

Jangan cemas, hanya latihan Eksesais Satria Perkasa

Kota Kinabalu: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat kehadiran anggota Tentera Darat Malaysia di sepanjang tempoh Eksesais Satria Perkasa bermula esok hingga 25 September depan.

Kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia berkata, latihan berkenaan akan melibatkan beberapa kawasan di sekitar daerah Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan.

Katanya, eksesais itu berkonsepkan ‘Field Training Exercise’ (FTX) yang bertujuan bagi meningkatkan tahap profesional dalam melaksanakan latihan ketenteraan dalam menjaga kedaulatan negara.

“Sepanjang eksesais berlangsung akan juga melibatkan pengunaan asset-aset ketenteraan Tentara Darat Malaysia,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|