Kota Kinabalu: Sampai bila pemimpin pembangkang terutamanya Parti Warisan Malaysia (WARISAN) mahu bertindak baling batu sembunyi tangan?
Demikian pendapat Setiausaha Penerangan UMNO Sabah, Ibrahim Dzul Aklamat berkata, dalam isu tuntutan Sulu di Sabah, kelakukan pemimpin WARISAN dilihat jangal kerana bersifat retorik sedangkan mereka terlupa atau buat-buat lupa sepanjang pemerintahan PH dahulu, perkara seperti penghantaran surat bekas peguam negara, Tommy Thomas pun tidak diketahui.
“Bagi saya, pihak WARISAN seolah berlagak hero kepada rakyat Sabah tapi apabila ditanyakan perkara seperti Tommy Thomas, teruslah tidak tahu sedangkan mereka dan PH ini yang memerintah negara dan negeri Sabah selepas PRU14 dahulu.
“Retorik politik apakah mereka mainkan sedangkan perkara ini secara terang-terangan berlaku dan saya bertanya, adakah mereka benar-benar tidak tahu?…,” katanya.
Jelas Ibrahim Dzul lagi, begitu juga gelagat beberapa ahli parlimen WARISAN yang kononnya berjuang di pentas sidang parlimen atas nama isu ini tetapi akhirnya terpinga-pinga apabila ditanya pihak media berkenaan soal peguam negara zaman PH telah membuat penghantar surat berkenaan surat tuntutan Sulu.
“Jadi tolonglah, jangan berlagak hero untuk ‘divert issues’ dan jawablah perkara ini secara terus terang tanpa mengaitkan atau menyalahkan pihak lain. “Ini soal keselamatan Sabah, jadi tolonglah…,” katanya.
Menurut beliau lagi dalam satu kenyataan medianya hari ini, biarlah perkara ini kita semua rakyat Sabah serahkan kepada kebijaksanaan persekutuan dan bagi masa kepada persekutuan untuk menangani perkara ini selaras dengan tanggungjawab serta kewajipan persekutuan dalam menjaga kedaulatan negara.
“Mengikut artikel enam Perlembagaan Malaysia merujuk kepada perkataan ( commonwealth defence and for the preservation of peace ) mengenai soal keselamatan negara komanwel dan juga perkara 50 dalam Perlembagaan Sabah ( liabilities and obligation ) iaitu Sabah merdeka atas perkenan Queen Elizabeth (Ratu England) yang semua rakyat Sabah tahu delegasinya terdiri dari allahyarham Tun Mustapha, Allahyarham Tun Fuad Stephen dan beberapa orang lagi.
“Rakyat Sabah berada dalam keadaan tenang dan keselamatan terjamin dengan adanya pasukan keselematan dan ini sudah terbukti semasa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 yang mana pasukan keselamatan kita mempertahankan kedaulatan negeri Sabah sehinggakan ada yang terkorban.
“Ini cukup membukti kepada rakyat Sabah bahawa negeri ini terjamin dari segi keselamatannya dengan ditambah lagi dengan penubuhan ESSCOM yang senantiasa mengawal keselamatan perairan Sabah di pantai timur, ” katanya lagi.
-Deasoka