GRS anjur ‘roadshow’ Program GRS Bersama Rakyat bulan depan

GRS anjur ‘roadshow’ Program GRS Bersama Rakyat bulan depan

Kota Kinabalu: ‘Roadshow’ Program Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bersama Rakyat bakal diadakan di negeri ini.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program roadshow itu akan diadakan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini.

“Roadshow itu akan diadakan bermula bulan Ogos ini,” katanya selepas mempengerusijan Mesyuarat Majlis Tertinggal GRS di Ibu Pejabat GRS, Alamesra, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, menerusi mesyuarat itu juga, GRS turut membincang mengenai persiapan pilihan raya membabitkan Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita perlu mengadakan persiapan lebih awal agar jentera pilihan raya GRS bersiap
siaga menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji memaklumkan mesyuarat itu tidak membincangkan mengenai permohonan parti politik lain yang berminat untuk menyertai GRS.

“Setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai penerimaan lain-lain parti ke dalam GRS.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Terdahulu, hadir sama pada mesyuarat itu ialah tiga Timbalan Pengerusi GRS iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Yong Teck Lee.

Selain itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun; Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai; Bendahari GRS, Ardino Diris serta Ahli Majlis Tertinggi GRS juga turut hadir pada mesyuarat itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|