Isu kerusi, UMNO Sabah tampil beri respon

Isu kerusi, UMNO Sabah tampil beri respon

Kota Kinabalu: Kenyataan Ahli Parlimen P177 Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun mendapat pelbagai respon dari ahli UMNO Sabah berkenaan beliau menegaskan akan mempertahankan enam kerusi Parlimen yang disandang wakil rakyat BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ia termasuk Parlimen Beaufort, Kudat, Ranau, Sipitang, Beluran dan Libaran.

Ketua Pemuda UMNO Beaufort Mohd Fadli Misdeh berkata, UMNO Bahagian Beaufort tetap dengan pendirian untuk bertanding di kerusi Parlimen Beaufort meskipun terpaksa berdepan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU-15.

“Kami tidak akan berkompromi dalam usaha mempertahankan kerusi tradisi UMNO yang dimenangi sejak Pilihan Raya Umum Ke-11 lagi, hingga PRU-14 ,” katanya.

Tambah Fadli, kerusi Parlimen Beaufort adalah milik Barisan Nasional, cuma penyandangnya Datuk Azizah Mohd Dun kini mewakili BERSATU setelah keluar dari UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat juga membidas, berkenaan kenyataan Ketua Srikandi BERSATU Sabah itu.

“Dalam PRN Sabah yang ke-16, ahli UMNO di Bahagian Beaufort sudah berlapang dada dan patuh pada keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti”

“Memberi laluan kepada Parti PBBM bertanding di kedua-kedua kawasan DUN Klias dan Kuala Penyu. Namun kali ini, sifat berlapang dada itu tiada sudah. Lawan tetap kami lawan,” katanya ketika dihubungi demisabah.

Fadli menambah, UMNO Beaufort sudah mengambil pengalaman pada PRN Sabah ke-16 lalu, memberi ruang dan peluang kepada parti lain untuk meletakkan calon di DUN Klias dan Kuala Penyu.

“Kami UMNO Beaufort akan mempertahankan Parlimen Beaufort, kerana kerusi ini milik UMNO Barisan Nasional”

“Jentera UMNO sudah bersedia, lawan tetap lawan,” katanya.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|