BN perlu menangi semula Parlimen Beaufort

BN perlu menangi semula Parlimen Beaufort

Beaufort: Barisan Nasional (BN) pe犀利士 rlu memenangi semula kerusi Parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memandangkan ia adalah kerusi tradisi BN.

Bekas Ahli Jawatankuasa BN Beaufort, Lokman Sunggim, berkata BN bukan sahaja wajar bertanding di kerusi berkenaan tetapi perlu mempertahankannya.

Katanya, kerusi Parlimen Beaufort adalah kerusi tradisi BN sejak sekian lama dan ia perlu memenangi semula kerusi berkenaan.

Sebelum ini, Parlimen Beaufort dimenangi Datuk Azizah Mohd Dun yang ketika itu bertanding atas tiket BN dari UMNO namun beliau kemudian berpindah parti ke BERSATU.

“BN bukan sahaja wajar bertanding di kawasan berkenaan malah ia perlu memenangi kerusi itu semula dan saya yakin BN masih mendapat sokongan baik rakyat di kawasan Beaufort,” katanya.

Lokman yang juga Ketua UMNO Cawangan Kikansa, Kuala Penyu mengulas kenyataan Azizah yang juga Ketua Serikandi BERSATU Sabah bahawa BERSATU akan mempertahankan semua enam kerusu Parlimen diwakili pemimpin parti itu di Sabah termasuk Beaufort pada PRU-15.

Lima daripada kerusi terbabit iaitu Kudat, Beluran, Libaran, Sipitang dan Beaufort dimenangi oleh calon BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu namun semua mereka kemudian berpindah ke BERSATU.

Lokman berkata, pucuk pimpinan BN harus meletakkan calon yang berpotensi untuk bertanding semula dan mempertahankan kerusi terbabit yang telah dimenangi menerusi tiket BN.

Mengenai kerusi Parlimen Beaufort, Lokman berharap kepimpinan tertinggi UMNO Sabah meletakkan calon yang berpotensi untuk memenangi semula kerusi berkenaan.

“Kita yakin Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tahu situasi dan senario politik di bahagian Beaufort dan sudah tentu seorang calon yang berpotensi dapat diketengahkan apabila tiba masanya,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Sabah itu juga telah mengesyorkan supaya setiap bahagian parti itu menyenaraikan lima calon untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.

Beliau juga berkata, pengundi kini lebih bersemangat untuk keluar mengundi berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat telah diluluskan di Dewan Rakyat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|