Istiadat pembukaan penggal ketiga DUN Sabah esok

Istiadat pembukaan penggal ketiga DUN Sabah esok

Kota Kinabalu: Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 dijadual berlangsung esok.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, istiadat itu dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mewajibkan pengambilan dos penggalak terhadap semua jemputan dan petugas media.

Kadzim ketika ditemui media selepas raptai.

“Istiadat ini akan dihadiri oleh tetamu jemputan yang diundang sahaja, manakala sidang perbahasan diadakan secara tertutup oleh ahli-ahli yang berhormat.

“Selain itu, ahli-ahli yang berhormat dan petugas yang terlibat dalam persidangan kali ini juga dikehendaki melakukan ujian saringan Covid-19 pada 14 dan 20 Mac, selain mewajibkan booster,” katanya selepas raptai istiadat pembukaan DUN, semalam.

Beliau berkata, tiga Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan dalam sesi perbahasan DUN pada 21 hingga 24 Mac ini.

Istiadat berkenaan disertai Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Lok Kawi.

Kali terakhir acara KKU dalam istiadat pembukaan penggal DUN Sabah ialah pada April 2019, sebelum ditiadakan akibat pandemik Covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|