Gempa bumi sederhana landa Sumatera Selatan, tiada ancaman tsunami

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Selatan, tiada ancaman tsunami

Kota Kinabalu: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia, jam 10.12 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 10.19 malam berkata, gempa bumi dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 118 km barat laut dari Siberut, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|