Ismail Sabri hadir rumah terbuka Aidilfitri BN Sabah

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah di Magellan Sutera Harbour, di sini, petang ini.

Ketibaannya pada kira-kira jam 4 petang tadi disambut Pengerusi BN Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ismail Sabri menghadiri rumah terbuka BN Sabah di Magellan Sutera Harbour.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Majlis berkenaan turut dihadiri ketua bahagian UMNO Sabah dari seluruh negeri dan pemimpin parti komponen BN Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|