IPD Tawau terus pergiat operasi cegah jenayah

IPD Tawau terus pergiat operasi cegah jenayah

Tawau: Polis akan terus mempergiatkan operasi pencegahan jenayah di dalam usaha mengesan dan mengambil tindakan terhadap penjenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi pencegahan jenayah berkenaan akan diadakan secara berterusan meliputi seluruh kawasan di daerah ini.

Antara tangkapan yang berjaya dalam operasi baru-baru ini.

Katanya, dalam operasi pencegahan terbaru yang diadakan baru-baru ini, seramai 19 lelaki dan empat wanita ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi selama tiga hari itu, seramai 15 lelaki dan dua wanita ditahan atas kesalahan dadah dengan rampasan sejumlah 116.07 gram syabu.

Tangkapan juga melibatkan wanita atas pelbagai kesalahan jenayah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Jasmin berkata, operasi turut menahan empat lelaki dan dua wanita atas kesalahan jenayah mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sehubungan itu, Jasmin menyeru seluruh masyarakat daerah ini supaya bersama-sama pihak polis dalam usaha mencegah jenayah.

Katanya, masyarakat boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak Polis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|