IPD Kinabatangan perlukan bangunan baharu

IPD Kinabatangan perlukan bangunan baharu

Kinabatangan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan yang sudah berusia lebih 30 tahun memerlukan bangunan baharu untuk keselesaan dalam menjalankan tugasan harian.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, tugasan harian kerap terganggu ekoran pejabat setiap bahagian atau unit terpaksa diletakkan di bangunan yang berbeza.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail.

Malah katanya, terdapat juga berek yang sepatutnya menjadi tempat menginap anggota polis yang terpaksa dijadikan pejabat.

“Walaupun digunakan, berek IPD Kinabatangan ini sebenarnya sudah berada dalam keadaan yang perlu dibaikpulih dengan beberapa kerosakkan yang jelas dapat dilihat.

Kontena terpaksa dijadikan pejabat sebagai tempat anggota polis bertugas.

“Keperluan mendesak ini sebenarnya sudahpun diusulkan kepada pihak berkaitan sebelum ini bersama kertas cadangan membina bangunan IPD di lokasi yang baharu,”katanya.

Dzulbaharin berkata, tempat baharu yang dicadangkan untuk IPD baharu ini adalah di tanah seluas 30 ekar.

Berek yang sepatutnya menjadi tempat menginap terpaksa dijadikan pejabat.

“Selepas 30 tahun IPD masih menumpang di bangunan Balai Polis. Dengan adanya prasarana yang lebih baik, warga pdrm sendiri akan lebih efisien, lebih efektif dan kondusif.

“Tahap prestasi kerja anggota-anggota polis di daerah ini juga akan lebih berdaya saing dan bermutu tinggi,” katanya.

Justeru itu, Dzulbaharin berkata, pihaknya sangat berharap pembinaan IPD Kinabatangan yang baru ini akan dapat diberikan kelulusan dan dimulakan pembinaan dengan segera.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|