Indonesia juara Piala SMJ 2022

Indonesia juara Piala SMJ 2022

Kota Kinabalu: Kejohanan Pesta Bola Merdeka Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 yang berakhir malam tadi menyaksikan pasukan tuan rumah tewas di tangan Indonesia.

Sabah tewas 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu, sekali gus melayakkan Indonesia membawa pulang Piala SMJ bersama hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Kejohanan yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Malaysia itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji turut menyampaikan piala dan hadiah kejohanan kepada pemenang sejurus tamat perlawanan, malam tadi.

Hadir sama menyaksikan perlawanan itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif; Pembantu Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Limus Jury dan pengerusi penganjur majlis pembukaan kejohanan, Datuk Juil Nuatim.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|