Imago Shopping Mall, lancar latihan kecemasan kebakaran

Imago Shopping Mall, lancar latihan kecemasan kebakaran

Kota Kinabalu: Imago Shopping Mall, di sini, mengadakan latihan kecemasan kebakaran bagi memastikan pengunjung, pekerja dan kira-kira 300 kedai di bangunan berkenaan dilindungi.

Imago Shopping Mall dalam satu kenyataan, hari ini memberitahu latihan kecemasan itu dijalankan dalam tempoh hampir sejam membabitkan pelbagai pihak.

Pengunjung dan pekerja memberikan kerjasama baik sepanjang latihan dijalankan.

“Imago Shopping Mall mengambil berat tentang keselamatan pekerja dan pengunjung yang hadir di bangunan ini.

“Mengambil kira keadaan keselamatan terbabit, kita melaksanakan inisiatif mengadakan latihan kebakaran setiap tahun bagi usaha melindungi pekerja yang berada di hampir 300 kedai di pisat beli belah ini,” katanya.

Menurutnya, latihan kebakaran berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan.

“Kita mengucapkan terima kasih dengan bantuan pelbagai agensi yang menyumbang kepada kejayaan latihan ini termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tidak lupa juga kepada penyewa serta pengunjung dan semua pihak yang terlibat kerana memberikan kerjasama baik sepanjang latihan berjalan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|