Hajiji ucap tahniah kepada Anwar

Hajiji ucap tahniah kepada Anwar

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-10, hari ini.

Hajiji memberi jaminan kerajaan negeri akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Anwar demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di antara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baru dibentuk di bawah pimpinan Anwar.

“Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Hajiji juga berharap Manifesto Pakatan Harapan (PH) termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|