Bung ucap tahniah Anwar PM ke-10

Bung ucap tahniah Anwar PM ke-10

Kota Kinabalu: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merakamkan ucapan tahniah atas perlantikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Dalam pautan Facebook rasmi beliau sebentar tadi, beliau dan seluruh pimpinan BN/UMNO Sabah itu turut mendoakan Anwar boleh membawa negara lebih ke hadapan dan maju, termasuklah rakyat di negeri Sabah.

“Selepas lebih 20 tahun menanti, dengan ketentuan Allah SWT, DS Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah jawatan PM-10 di hadapan Yang-di Pertuan Agong.

“Tahniah DS Anwar, saya yakin DS boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara,” kata Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara tepat jam 5.06 petang tadi.

Pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu adalah selaras dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang diperuntukkan di bawah Perkara 40 (2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Anwar dijangka mengadakan sidang media berhubung pelantikkannya sebagai Perdana Menteri selewat-lewatnya pada lewat petang ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|