Ibu, anak parah, kereta bertembung lori

Ibu, anak parah, kereta bertembung lori

Kota Marudu: Seorang wanita dan anaknya parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori 12 tan dalam kejadian di Jalan Kasagaan, Pitas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, wanita, 42, dan anak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan terpaksa dihantar ke Hospital Kota Marudu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 11.13 pagi.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

Keadaan lori yang terbabit kemalangan. Pix Ihsan Bomba

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza bertembung dengan sebuah kenderaan Lori 12 tan tanpa muatan.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat dan dua daripada mangsa yang menaiki Toyota Avanza cedera selepas tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit sebelum diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan.

Manakala katanya, seorang mangsa yang memandu kenderaan lori 12 tan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.12 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|