IBR tambah baik bekalan elektrik di Sabah

IBR tambah baik bekalan elektrik di Sabah

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan Incentive Based Regulation (IBR) sebagai langkah menambah baik sistem pembekalan elektrik di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata IBR adalah pendekatan baharu yang diperkenalkan untuk menambah baik sistem perkhidmatan bekalan elektrik yang dikendalikan syarikat berkenaan.

Mohd Yaakob (kiri) menerangkan sesuatu kepada Tun Juhar (kanan) ketika kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu.

“Bermula tahun ini sehingga 2024, SESB memulakan fasa baharu yang dipanggil IBR bagi menambah baik sistem pembekalan elektrik ke setiap daerah di negeri ini.

“Pelaksanaan fasa ini mengambil masa tiga tahun bagi menambah baik perkhidmatan elektrik kepada masyarakat sekali gus meningkatkan kepuasan pengguna,” katanya.

Tun Juhar (tengah) bersama Mohd Yaakob (tiga kiri) dan rombongan SESB.

Beliau berkata demikian kepada media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, semalam.

Selain memperkenalkan diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SESB yang baru dilantik pada 1 Mac lalu, Mohd Yaakob turut memaklumkan prestasi teknikal SESB pada 2021 yang berada pada tagap sangat memberangsangkan.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Transformasi SESB, Ir Norhizami Abu Hasan; Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor; Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) SESB, Mokhtar Hussin; Setiausaha Syarikat SESB, Zunaidah Osman dan Pengurus Kanan Awam dan Hubungan Dalaman, Amir Mahat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|