Hujan lebat di Pedalaman, Pantai Barat Sabah sehingga 9 malam – MetMalaysia

Hujan lebat di Pedalaman, Pantai Barat Sabah sehingga 9 malam – MetMalaysia

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri ini sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi laman Facebook MetMalaysia hari ini, jabatan itu memaklumkan situasi cuaca buruk itu membabitkan dua bahagian iaitu Pedalaman dan Pantai Barat.

“Antara kawasan yang terbabit ialah Pedalaman iaitu di Sipitang dan Beaufort; dan Pantai Barat iaitu Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 4.45 petang ini.

Dalam pada itu, amaran ribut petir dan hujan lebat itu turut melibatkan beberapa negeri lain, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|